Isnin, 18 Jun 2012


Sekarang ingin aku bercerita tentang menjaga hati.. Kenapa dilema perasaan manusia ini sering diributkan dengan keserabutan yang tak pernah surut.. Kenapa perlu biarkan hati sendiri sakit dikala insan lain hatinya tertawa riang bergembira?(aku tetiba pelik dengan bahasa sendiri)
Pernah disakiti dengan perit hati tuan puan? (pinjam bahasa thinker) Ah! Jangan nak bohong diri sendiri.. Cakap saje pernah.. Adakah pernah terniat ingin membalas kembali kesakitan itu padanya? Ya.. Berniat memang senang, tapi bila ingin bertindak sangat sukar sekali.. Mungkin aku sendiri dididik sebegitu..
“ahh! Kalau aku aku sound direct jer.. Apa nak peduli perasaan orang!” Jangan nak hipokrit.. Aku dulu pun akan bercakap begini bila ada yang memuntahkan ketidak-puasan hatinya padaku.. Sama seperti yang aku katakan di atas, memang berkata² itu mudah.. Selalunya otak tak akan sempat menapis segala percakapan yang ingin disampaikan.. Maka wujudlah pepatah ‘terlajak perahu boleh diundur’..
Kadang hati ini sering merungut.. Kenapalah orang lain tak boleh jadi seperti aku.. Bersungguh² menjaga dengan cermat hati orang lain tapi malangnya orang lain sering mencalarkan hati aku tanpa mengendahkan ganjaran yang sudah diterima.. Maaf.. Bukan aku nak katakan aku ini cukup sempurna tapi inilah kelemahan terbesar aku dalam kehidupan bersama orang lain..
Sering aku tegaskan pada hati.. Tak perlu menjaga hati orang lain kalau hati sendiri sakit.. 

*bila hati terasa tidak dihargai, habis tembakau puntung dibuang*

2 ulasan:

YumeeDream berkata...

betul sesangat :(
kekedang tuu , rasee penatt sangat sebab kita jee yg asyik kena jaga perasaan org laen ..

sHiMi sHinHae~ berkata...

hmm....suda penat asyik jga hati org....tp aty sendiri ?parah..