Isnin, 18 Jun 2012


Sekarang ingin aku bercerita tentang menjaga hati.. Kenapa dilema perasaan manusia ini sering diributkan dengan keserabutan yang tak pernah surut.. Kenapa perlu biarkan hati sendiri sakit dikala insan lain hatinya tertawa riang bergembira?(aku tetiba pelik dengan bahasa sendiri)
Pernah disakiti dengan perit hati tuan puan? (pinjam bahasa thinker) Ah! Jangan nak bohong diri sendiri.. Cakap saje pernah.. Adakah pernah terniat ingin membalas kembali kesakitan itu padanya? Ya.. Berniat memang senang, tapi bila ingin bertindak sangat sukar sekali.. Mungkin aku sendiri dididik sebegitu..
“ahh! Kalau aku aku sound direct jer.. Apa nak peduli perasaan orang!” Jangan nak hipokrit.. Aku dulu pun akan bercakap begini bila ada yang memuntahkan ketidak-puasan hatinya padaku.. Sama seperti yang aku katakan di atas, memang berkata² itu mudah.. Selalunya otak tak akan sempat menapis segala percakapan yang ingin disampaikan.. Maka wujudlah pepatah ‘terlajak perahu boleh diundur’..
Kadang hati ini sering merungut.. Kenapalah orang lain tak boleh jadi seperti aku.. Bersungguh² menjaga dengan cermat hati orang lain tapi malangnya orang lain sering mencalarkan hati aku tanpa mengendahkan ganjaran yang sudah diterima.. Maaf.. Bukan aku nak katakan aku ini cukup sempurna tapi inilah kelemahan terbesar aku dalam kehidupan bersama orang lain..
Sering aku tegaskan pada hati.. Tak perlu menjaga hati orang lain kalau hati sendiri sakit.. 

*bila hati terasa tidak dihargai, habis tembakau puntung dibuang*
Saya pesan kat dia . .
Kalau awk rindu saya , awak teng0klah bulan . .
Sebb saya suka bulan . .
Tapi dia tnya , mcm mna klau hari hujan ?
Lalu saya mnjawab . .
Kalau hujan , itu bermakna saya telh menitiskan air mata dsebbkan terlalu rindu kat awk . . :') ♥

rindu gila wa kt diaa .. harap dia tahu 
 

Jumaat, 15 Jun 2012

seorang insan bernama wanita..

Kehebatan seorang wanita bukan kepada pejal otot badannya,tetapi pada kekuatan perasaan..Perempuan yang hebat adalah:

♥ Perempuan yang tahan menerima sebuah kehilangan.

♥ Perempuan yang tidak takut pada kemiskinan.

♥ Perempuan yang tabah menanggung kerinduan setelah ditinggalkan.

♥ Perempuan yang tidak meminta-minta agar di penuhi segala keinginan.

※ Kehebatan wanita berdiri di atas teguh imannya..Seluruh kehebatan yg ada pada Khadijah adalah kehebatan sempurna bagi seorang wanita..

Hidup di dunia ini bukan sekadar suatu kembara yg akan berakhir tatkala nafas terakhir kita terhela,jua bukan bermakna kehidupan seseorang manusia itu akan ternoktah tatkala nyawa terpisah dari jasad..Sebaliknya,tatkala jasad ditinggalkan roh, hidup baru bagi seseorang manusia itu bermula..
 

Jumaat, 8 Jun 2012

Oh My .....

Haih .. nape lah aku tetibe tringat psal dy lak ney?
benci tauuu @_@
hmm.. bila dikenangkan balik kenangan dulu , ada rasa gembira n ade yg wt aku saked haty sesangat . huhu , barang lama jgn dikenang . pasrah and brserah je la sape jodoh aku lepas nie .

Senaman Yang Membakar Kalori :)

Nie lahh senaman2 yg boley membakar byk lemak korang . cer try . 


1.Berjalan kaki
Mulakan dengan berjalan kaki selama satu jam di waktu pagi. Semua otot di kaki akan bergerak dan satu jam berjalan cepat akan membakar sebanyak 300 kalori !  wah , banyak tu !

2.Berlari
 Berlari dalam waktu yang cukup panjang boleh menyebabkan kekuatan otot hilang dan cedera akibat sering digunakan. Berlari setempat dapat menguatkan kelompok otot dalam kaki termasuk otot-otot yang terdapat di paha. Berlari selama satu jam dengan kecepatan sederhana akan membakar lebih kurang 760 kalori.

 
3.Mendaki Bukit
Sangat baik untuk membakar lemak sekaligus menguji kekuatan otot kaki.  Selama satu jam mendaki bukit, ia bersamaan dengan pembakaran sebanyak 530 kalori.

4.Bermain Raket 
Seperti tenis dan badminton yang akan membuatkan otot-otot paha, lengan, bahu dan punggung bekerja secara serentak. Satu jam berolahraga akan membakar sekitar 780 kalori.

5.Berenang
Sesuai bagi yang benar-benar ingin menjaga perut daripada boroi. Berenang membuat semua otot tubuh bekerja. Satu jam berenang dapat membakar 460 kalori. 

6.Bermain bola
Tak kisahlah main bola ape pun .. Bermain secara berkumpulan akan memberikan impak yang berguna. Satu jam bermain permainan bola akan membakar kalori sebanyak 600 kalori.

Yeahhh , ini saje lahh utk kali nie ye . hehe . Jgn lupa practise tauu :p